Sunday, November 28, 2010

HBMT 2103 - Volume Of Liquid

Alhamdulillah selesai sudah assignment ini......
Ia berjaya jua disiapkan hasil usahaku sendiri....
Banyak ilmu ICT yang telah dipelajari sepanjang menyiapkan blog ini....

Tuesday, November 23, 2010

Pengayaan Dan Pemulihan

        Aktiviti pengayaan dijalankan untuk kumpulan pelajar yang cerdas manakala aktiviti pemulihan untuk kumpulan pelajar yang lemah. Namun begitu kedua-dua jenis aktiviti tersebut adalah sesuai dan boleh dirancang untuk kedua-dua jenis kumpulan pelajar, sama ada yang cerdas atau lemah (D'Augustine, 1973; Nik Azis, 1996)). Aktiviti pengayaan dan pemulihan merupakan komponen yang penting dalam kurikulum pendidikan matematik KBSR dan KBSM (PPK, 1989). 
         Aktiviti pengayaan juga sering digunakan untuk mengesan pelajar pintar di samping dapat mengasah bakat dan kreativiti. Kedua-dua aktiviti tersebut perlu dirancang dan dilaksanakan dengan teliti supaya ianya tidak membeban dan membazirkan masa pelajar. Manakala aktiviti pemulihan merupakan aktiviti pengajaran yang berusaha menolong murid-murid untuk mengatasi masalah pembelajaran. Manakala aktiviti pengayaan ialah sejenis aktiviti tambahan yang lebih kompleks tetapi menarik dan mencabar (PPK, 1982). 
      

    Measuring volume by Peter Weatherall

    How To Measure the Volume of a LIquid Using A Graduated Cylinder

    Monday, November 22, 2010

    Measuring Volume - Beakers, Cylinders, Erlenmeyer Flasks, & Volumetric F...

    Bahan Bantu Mengajar Untuk Murid Cemerlang (Teaching Aids For High Achiever Students)


    Bahan Bantu Mengajar :
    • Carta mengandungi borang
    • pen marker
    • cilinder
    • bikar
    • baldi
    • jug air
    • mangkuk
    • botol mineral
    • air

    Aktiviti Untuk Murid Cemerlang (High Achiever)

    Hasil Pembelajaran :
    •   Membanding isipadu cecair menggunakan unit piawai ( standard unit )
    Bahan Bantu Mengajar :
    • Cartamengandungi borang
    • pen marker
    • cilinder
    • bikar
    • baldi
    • jug air
    • mangkuk
    • botol mineral
    • air
    Langkah-langkah :
    1. Bahagikan murid kepada 6 kumpulan.
    2. Lantik seorang murid bagi setiap kumpulan sebagai ketua.
    3. Guru mengedarkan alat - alat kepada setiap kumpulan seperti baldi yang berisi air , cawan , gelas , jug, mangkuk dan bikar.
    4. Murid perlu mengisi kesemua bekas dengan air daripada baldi yang diberikan.
    5. Murid akan mencatat anggaran isipadu air di dalam setiap bekas tersebut sebelum disukat.
    6. Kemudian mereka akan menyukat isipadu air di dalam setiap bekas tersebut dengan menggunakan bikar yang diberikan.
    7. Pencatat tersebut akan mencatat isipadu air tersebut dalam unit liter yang telah diukur.
    8. Ketua kumpulan akan membentangkan hasil kerja kumpulan mereka.
    9. Guru akan memberikan markah kepada anggaran yang hampir.