Monday, November 22, 2010

Aktiviti Untuk Murid Cemerlang (High Achiever)

Hasil Pembelajaran :
  •   Membanding isipadu cecair menggunakan unit piawai ( standard unit )
Bahan Bantu Mengajar :
  • Cartamengandungi borang
  • pen marker
  • cilinder
  • bikar
  • baldi
  • jug air
  • mangkuk
  • botol mineral
  • air
Langkah-langkah :
  1. Bahagikan murid kepada 6 kumpulan.
  2. Lantik seorang murid bagi setiap kumpulan sebagai ketua.
  3. Guru mengedarkan alat - alat kepada setiap kumpulan seperti baldi yang berisi air , cawan , gelas , jug, mangkuk dan bikar.
  4. Murid perlu mengisi kesemua bekas dengan air daripada baldi yang diberikan.
  5. Murid akan mencatat anggaran isipadu air di dalam setiap bekas tersebut sebelum disukat.
  6. Kemudian mereka akan menyukat isipadu air di dalam setiap bekas tersebut dengan menggunakan bikar yang diberikan.
  7. Pencatat tersebut akan mencatat isipadu air tersebut dalam unit liter yang telah diukur.
  8. Ketua kumpulan akan membentangkan hasil kerja kumpulan mereka.
  9. Guru akan memberikan markah kepada anggaran yang hampir.

      No comments:

      Post a Comment