Monday, November 22, 2010

Aktiviti Untuk Murid Lemah ( Low Achiever)

Hasil Pembelajaran :
  •   Murid dapat membandingkan isipadu cecair secara perbandingan terus dengan menggunakan unit    bukan piawai.
Bahan Bantu Mengajar :
  • Air
  • Jug air
  • Gelas
  • Baldi
  • Cawan
  • Mangkuk
  • Botol air
  • Pewarna
Nilai murni : Kerjasama 

Set Induksi

Guru membawa dua jug yang sama saiz. Murid meneka jug manakah yang mengandungi lebih banyak isipadunya. Guru menerangkan tentang bagaimana jug tersebut dapat dibezakan isipadunya dengan menyukat isipadunya dengan menggunakan unit bukan piawai.
 
Langkah-langkah :

  1. Bahagikan murid kepada 6 kumpulan.
  2. Lantik seorang murid bagi setiap kumpulan sebagai ketua.
  3. Guru menyediakan 2 jug yang mengandungi isipadu yang berbeza dan murid menyatakan samaada ia penuh atau separuh dan jug mana yang mempunyai lebih atau kurang isipadunya. 
  4. Guru memberikan setiap kumpulan 5 jenis bekas yang berbeza dan sebiji cawan yang kecil sebagai alat untuk menyukat isipadu air.
  5. Dalam kerja berkumpulan guru membuat demonstrasi dan menerangkan kepada murid - murid bagaimana untuk mencatat sukatan yang betul.
  6. Setiap kumpulan akan merekodkan berapa cawan air yang terdapat di dalam setiap bekas yang diberikan oleh guru.
  7. Murid boleh juga membuat anggaran sebelum mula menyukat isipadu air tersebut.
  8. Murid membuat secara bergilir-gilir dalam mengetahui dan menilai bekas manakah yang mempunyai nilai isipadu yang dikehendaki.
    Penutup

    Guru merumuskan bahawa saiz bekas mempengaruhi nilai isipadunya. Lembaran kerja diberi dan murid menjawab soalan spontan dengan menunjukkan bekas yang mengandungi isipadu yang penuh, separuh, lebih banyak, lebih sikit, sama isipadunya dan lain-lain.

      No comments:

      Post a Comment